mp3

Monday 13 February 2012

Kemahiran Ikatan & Jenis-Jenis Ikatan

Pengenalan Ikatan & Simpulan

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan tidak tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan, Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain.

Jenis-Jenis Ikatan
Terdapat sepuluh ikatan asas yang biasa digunapakai di dalam rekreasi dan proses menyelamat, antaranya ialah

a)   Thumb Knot / Stopper Knot (simpul mati)
b)   Figure of Eight Knot (simpul angka lapan)
c)   Reef Knot (buku sila)
d)   Sheet Bends (bunga geli)
e)   Bowline (tindih kasih)
f)   Half Hitch (setengah belit)
g)  Clove Hitch (simpul manuk)
h)  Fisherman Knot
i)   Timber Hitch (simpul balak)
j)   Figure of Eight single & Double Loop

Perkhemahan

Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Khemah, adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat perlindungan itu.

Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang. Yang pentingnya boleh memberi perlindungan kepada hujan, panas, kesejukan dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan.

Antara tujuan perkhemahan adalah seperti:
  • Mendedahkan kepada pelajar suasana perkhemahan dan pengendalian serta penggunaan perkhemahan secara terancang.
  • Perkhemahan adalah untuk memupuk nilai-nilai murni di samping semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam kawasan perkhemahan.
  • Perkhemahan juga adalah sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan jurulatih/guru dan juga pelajar selain ianya merujuk kepada perkongsian maklumat sesama ahli perkhemahan.
  • Melatih berdikari dan konsep kendiri posotif.
  • Latihan Jasmani.
  • Meredakan ketegangan emosi
  • Orientasi sosial
  • Pengisian masa lapang.

Sunday 12 February 2012

KASUKMA

Sukan KASUKMA ada singkatan bagi 'Karnival Sukan MARA'. Nama KASUKMA ini diakronimkan untuk pemudahcara untuk menyebut. Peserta di dalam KASUKMA ini adalah terdiri daripada Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA seluruh Malaysia. Antara sukan yang dipertandingkan di dalam KASUKMA ini adalah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar, Ping Pong, Futsal, Bola Jaring, Tenpin Boling dan Badminton. Sukan-sukan ini dipilih berdasarkan sukan elit yang telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia yang mana lebih menumpukan kepada sukan berprestasi tinggi.

Senarionya, penglibatan sukan dikalangan pelajar Malaysia dewasa ini menampakkan satu kematangan dari segi penglibatan pelajar, ramai di kalangan ibubapa kini membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum baik kelab, sukan dan persatuan mahupun badan beruniform. Dahulunya pendidikan dijalankan ikut buku, di mana ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam sukan dan permainan. Mereka lebih menumpukan anak-anak mereka kepada subjek kurikulum. Maka segala aktiviti yang melibatkan modal insan kurang ditekankan kepada pelajar-pelajar.

Maka dengan berkembangnya teknologi pendidikan dan penggubal dasar pendidikan negara yang mahukan modal insan berteraskan intelek, MARA dengan inisiatif unit Kokurikulum telah melaksakan sukan yang dipanggil KASUKMA..

Sukan, Rekreasi dan Kesenggangan

Sukan adalah satu madah kesenian di dalam tubuh badan setiap manusia yang inginkan kecergasan dari segai jasmani dan rohani. Sukan dalam erti kata lain adalah sesuatu permainan yang dirancang mengikut keperluan semasa. Aktiviti sukan tidak tertumpu kepada aktiviti di dalam bilik darjah semata-mata, aktiviti sukan ini merangkumi keseluruhan di dalam dan luar bilik darjah. Melalui aktiviti luar ini terdapat banyak elemen-elemen murni yang dapat diterapkan di dalam diri setiap individu yang terlibat. Sebagai contoh nilai kerjasama antara pelajar, nilai kasih sayang, nilai rasional dan nilai keadilan.

Melalui nilai-nilai murni, pelajar dapat kepelbagaian dalam pembelajaran di dalam bilik darjah, kemahiran insaniah yang lahir dari setiap individu adalah pendorong kepada Dasar Pendidikan Negara supaya dapat melahirkan insan yang sihat, unggul dan cemerlang darisegi akademik dan sahsiah diri. Lahirnya generasi yang mempunyai intelek yang tinggi dan pembentukan modal insan yang cemerlang adalah tunggak kepada kejayaan Negara. Di sini peranan mata pelajaran Kokurikulum diterapkan di dalam subjek kurikulum.